Click here for Myspace Layouts

Rabu, 7 September 2011

Anda Seorang Jurugambar?




   Assalammualaikum semua...lama benar saya tak jenguk blog saya sendiri..biasa lah,sibuk dengan study,kali nie saya nak kongsikan pasal jurugambar..Post kali ini menceritakan tentang peranan seorang jurugambar. Apakah perasaan yang timbul dalam diri anda apabila berjaya menangkap gambar yang hebat dan cantik? Adakah perasaan anda itu membawa kepada rasa rendah diri terhadap Pencipta atau sebaliknya?
Artikel ini umumnya untuk kepada semua jurugambar di dunia ini (setiap orang yang mempunya kamera) dan khasnya kepada jurugambar acara perkahwinan. Menurut Dr. Yusuf al-Qhardawi, bidang fotografi diharuskan berdasarkan subjeknya. Namun begitu, pelbagai kemungkaran yang boleh berlaku sewaktu sesebuah perkahwinan itu berjalan, seperti:
i) Pakaian pengantin wanita yang tidak menutup aurat samada yang bertudung ataupun tidak bertudung
ii) Alis mata diukir cantik dan bulu kening dicabut atau dicukur serta terdedahnya aurat pengantin wanita sewaktu diandam.
iii) Adat bertepung tawar dan bersanding bukanlah ajaran Islam tetapi pengaruh agama yang lain.
iv) Acara ‘batal air sembahyang’ dilakukan di depan khalayak ramai di dalam masjid.
v) Kerana terlalu mengejar masa, sesetengah jurugambar tidak menggalakkan solat sunat bersama bagi pasangan yang baru bernikah.
vi) Boleh jatuh syubahat kerana merakamkan pergaulan antara tetamu yang bukan mahram serta yang tidak menutup aurat sepanjang upacara perkahwinan.
vii) Persembahan karaoke, joget lambak dan para tetamu disantapkan dengan lagu-lagu yang mengkhayalkan oleh juruhebah sewaktu upacara walimah.
viii) Majlis walimah dijalankan secara besar-besaran tanpa ada kesederhanaan.
ix) Timbul perasaaan riak dalam diri pasangan pengantin yang berjaya mengambil jurugambar yang hebat.

Untuk mengelakkan pekerjaan yang kita lakukan tidak diredhai Allah, seseorang jurugambar itu sepatutunya menjalankan tanggungjawabnya semata-mata kerana Allah. Wahai jurugambar sekalian, medium (kamera) yang canggih telah tersedia bagi anda untuk mengingatkan sesama manusia yang sering alpa. InsyaAllah. Antara tanggungjawab seorang jurugambar adalah:
1) Mengambil gambar sebagai ibadah kepada Allah.
2) Membantu pasangan pengantin mendapatkan keceriaan kembali dalam perkahwinan melalui rakaman perkahwinan mereka sekiranya berlaku pertelingkahan.
3) Memberitahu para pasangan pengantin supaya menjaga tatasusila sebagai seorang Muslim termasuk ketika keseluruhan majlis perkahwinan.
4) Berhak memilih pasangan pengantin yang ingin dirakam saat-saat majlis perkahwinan mereka.
5) Setiap gambar yang diambil wajib difikirkan kesannya kepada masyarakat sekeliling serta atas nama Islam itu sendiri.
6) Adalah lebih baik gambar yang diambil untuk menunjukkan kebesaran Maha Pencipta, Allah SWT.
7) Kesimpulannya, secantik mana pun setiap gambar yang diambil, gambar tersebut tidak mendatangkan kemungkaran dan gambar itu boleh mengingatkan kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah tanpa ada rasa riak.