Assalammualaikum semua...lama benar saya tak jenguk blog saya sendiri..biasa lah,sibuk dengan study,kali nie saya nak kongsikan pasal jurugambar..Post
kali ini menceritakan tentang peranan seorang jurugambar. Apakah
perasaan yang timbul dalam diri anda apabila berjaya menangkap gambar
yang hebat dan cantik? Adakah perasaan anda itu membawa kepada rasa
rendah diri terhadap Pencipta atau sebaliknya?
Artikel ini umumnya untuk kepada semua jurugambar di dunia ini
(setiap orang yang mempunya kamera) dan khasnya kepada jurugambar acara
perkahwinan. Menurut Dr. Yusuf al-Qhardawi, bidang fotografi diharuskan
berdasarkan subjeknya. Namun begitu, pelbagai kemungkaran yang boleh
berlaku sewaktu sesebuah perkahwinan itu berjalan, seperti:
i) Pakaian pengantin wanita yang tidak menutup aurat samada yang bertudung ataupun tidak bertudung
ii) Alis mata diukir cantik dan bulu kening dicabut atau dicukur serta terdedahnya aurat pengantin wanita sewaktu diandam.
iii) Adat bertepung tawar dan bersanding bukanlah ajaran Islam tetapi pengaruh agama yang lain.
iv) Acara ‘batal air sembahyang’ dilakukan di depan khalayak ramai di dalam masjid.
v) Kerana terlalu mengejar masa, sesetengah jurugambar tidak
menggalakkan solat sunat bersama bagi pasangan yang baru bernikah.
vi) Boleh jatuh syubahat kerana merakamkan pergaulan antara tetamu
yang bukan mahram serta yang tidak menutup aurat sepanjang upacara
perkahwinan.
vii) Persembahan karaoke, joget lambak dan para tetamu disantapkan
dengan lagu-lagu yang mengkhayalkan oleh juruhebah sewaktu upacara
walimah.
viii) Majlis walimah dijalankan secara besar-besaran tanpa ada kesederhanaan.
ix) Timbul perasaaan riak dalam diri pasangan pengantin yang berjaya mengambil jurugambar yang hebat.
Untuk mengelakkan pekerjaan yang kita lakukan tidak diredhai Allah,
seseorang jurugambar itu sepatutunya menjalankan tanggungjawabnya
semata-mata kerana Allah. Wahai jurugambar sekalian, medium (kamera)
yang canggih telah tersedia bagi anda untuk mengingatkan sesama manusia
yang sering alpa. InsyaAllah. Antara tanggungjawab seorang jurugambar
adalah:
1) Mengambil gambar sebagai ibadah kepada Allah.
2) Membantu pasangan pengantin mendapatkan keceriaan kembali dalam
perkahwinan melalui rakaman perkahwinan mereka sekiranya berlaku
pertelingkahan.
3) Memberitahu para pasangan pengantin supaya menjaga tatasusila
sebagai seorang Muslim termasuk ketika keseluruhan majlis perkahwinan.
4) Berhak memilih pasangan pengantin yang ingin dirakam saat-saat majlis perkahwinan mereka.
5) Setiap gambar yang diambil wajib difikirkan kesannya kepada masyarakat sekeliling serta atas nama Islam itu sendiri.
6) Adalah lebih baik gambar yang diambil untuk menunjukkan kebesaran Maha Pencipta, Allah SWT.
7) Kesimpulannya, secantik mana pun setiap gambar yang diambil,
gambar tersebut tidak mendatangkan kemungkaran dan gambar itu boleh
mengingatkan kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah tanpa ada rasa
riak.