- BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR
Untuk
mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil
Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ).
Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ).
Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya
mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan
Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan
mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.
Peruntukan Tanda Panggilan (
Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :
Semenanjung
Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x x
Kelas B - 9 W 2 x x x
Sabah - Kelas
A - 9 M 6 x x x
Kelas B - 9 W 6 x x x
Sarawak - Kelas
A - 9 M 8 x x x
Kelas B - 9 W 8 x x x
PENGUNTUKAN
RADAS RADIO AMATUR
Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai
lesen yang sah daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa
untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil
Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) untuk mengendalikan Stesyen
Radio Amatur.
Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas
iaitu :
1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan
Amatur ) ASAA kelas A dan B
2. Permohonan untuk Penguntukan Radas (
Perkhidmatan Mobil ) borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur
Tempoh
sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah diantara 3 bulan
hingga 5 tahun.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO
AMATUR
Untuk kelayakan , pemohon mestilah :
1. Berumur tidak
kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14
tahun untuk kelas B
Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun,
dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana
pihak yang akan bertanggungjawab.
2. Warganegara Malaysia atau
warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal
Aggrement ) dengan Malaysia.
3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen
Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan
keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).
KEPERLUAN
PEMATUHAN
Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur (
ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan
undang-undang dan pindaan yang dibuat.
KEPERLUAN PEMATUHAN
ANTARABANGSA
Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA )
mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi
Antarabangsa ( ITC ).
Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang
yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan
Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan
Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran
berkenaan.
YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR
Yuran
Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :
Kelas Yuran
Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM
60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00
PERJANJIAN
OPERASI TIMBAL BALIK
Stesyen Radio Amatur negara luar
boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia.
SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara
sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.
ASAA
hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan
oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.
Stesyen
Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi
timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen
bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun
pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.
PEPERIKSAAN
Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :
1. Peperiksaan
bertulis Radio Amatur ( RAE ).
2. Peperiksaan amali Kod Morse (
CW Test ).
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )
Peperiksaan
bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;
1. Teori Eletrik ,
Eletronik dan Radio Komunikasi.
2. Teori dan Operasi peralatan
radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude ,
modulasi ulangan dan teknik single sideband.
3. Peraturan yang
dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan
beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.
4. Peraturan
Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen
radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada
peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.
Terdapat 100
soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi
masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang
salah tidak akan dipotong markah.
UJIAN KOD MORSE ( CW
TEST )
Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur
keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.
1. Berupaya
menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf
samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3
minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod
’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.
2. Berupaya
menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada
kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit
dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan
isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.
Calun mestilah
berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf
satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan
kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat
kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.
Calun
mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang
lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan
setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu
perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua
kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum
dua angka yang diterima salah dibenarkan.
BAGAIMANA UNTUK
MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Peperiksaan akan diadakan
dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM (
MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan
eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan
lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.
YURAN
PEPERIKSAAN
Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :
1.
Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00
2. Ujian Kod Morse (
CW TEST ) - RM 50.00
Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan
kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik
peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke
tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.
HAD
KELAYAKAN UMUR
Had kelayakan umur minima untuk menduduki
Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.
Had kelayakan
umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun.
Stesyen
Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi
tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika
beroperasi/mengendali stesyen.